Wednesday, July 19, 2006

 

Visi blog saya

Salam.

Setelah membuat pemerhatian dari internet, saya dapati di Malaysia tak banyak blog atau web site yang memberi panduan, nasihat dan tips untuk berjaya dalam bisnes.

Sikap kebanyakan ahli perniagaan Melayu tak sama dengan peniaga Cina atau peniaga di Barat. Kita masih lagi pekat dengan sikap buruk sangka, dengki dan berpecah-belah. Akhirnya kita lihat 9 daripada 10 peniaga baru dan kecil tutup kedai. Peniaga yang dah maju pula tak mahu kongsi RAHSIA KEJAYAAN.

Maka saya dedikasikan blog ini untuk beri pendedahan dan tips-tips nagaimana nak berniaga dari kecil hingga besar. Saya juga kurang minat dengan kaedah menjana pendapatan yang express. Saya lebih suka mula dari bawah dan maju sedikit demi sedikit. Berniaga mesti dengan ilmu, bukan dengan sekali 'klik.' Mungkin ada yang tak setuju dengan prinsip saya.

Saya lebih menumpukan sasaran saya kepada mereka yang percaya dengan usaha yang berterusan. Jika anda lebih suka jadi 'jutawan segera', mungkin blog ini kurang sesuai untuk ada. Namun, saya terbuka untuk perbincangan dan pendapat.

Amri

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?