Thursday, July 27, 2006

 

Usahawan mesti sabar...

Salam,

Dah terlalu lama rasanya tak menulis di dalam blog saya. Inilah kehidupan seorang usahawan muda. Asyik sibuk dengan bisnes. Bukan duduk goyang kaki dalam pejabat saja. Sebagaimana yang saya janjikan, tips kali ini adalah sikap.

Tahukah anda bahawa sikap memainkan lebih 70% peranan dalam kejayaan berbanding skill? Antara sikap yang wajib ada pada seorang usahawan adalah sabar. Saya berpegang kepada "Slow and steady wins the race". Tak ada apa yang x-press dalam bisnes. Kalau cepat boom, cepat jugalah ia jatuh. Tapi tak semua, biasanyalah...

Kesabaran menempuh tahun pertama dalam bisnes adalah sangat kritikal. Oleh itu anda perlu menyediakan diri dari segi menatal dan kewangan. Orang-orang Cina dah sedia maklum bahawa 6 bulan hingga 1 tahun pertama bisnes hanya balik mpdal sahaja. Mereka bekerja kuat dan yakin dengan usaha mereka. Kita macammana? Jangan terpedaya dengan ungkapan "Jutawan segera", "Wang segera", "Cepat kaya" dan sebagainya.

Built your bisnes slowly. Dapatkan pengajaran dan pengalaman sepanjang perjalanan anda menuju kejayaan. Selamat mencuba!

Wednesday, July 19, 2006

 

Visi blog saya

Salam.

Setelah membuat pemerhatian dari internet, saya dapati di Malaysia tak banyak blog atau web site yang memberi panduan, nasihat dan tips untuk berjaya dalam bisnes.

Sikap kebanyakan ahli perniagaan Melayu tak sama dengan peniaga Cina atau peniaga di Barat. Kita masih lagi pekat dengan sikap buruk sangka, dengki dan berpecah-belah. Akhirnya kita lihat 9 daripada 10 peniaga baru dan kecil tutup kedai. Peniaga yang dah maju pula tak mahu kongsi RAHSIA KEJAYAAN.

Maka saya dedikasikan blog ini untuk beri pendedahan dan tips-tips nagaimana nak berniaga dari kecil hingga besar. Saya juga kurang minat dengan kaedah menjana pendapatan yang express. Saya lebih suka mula dari bawah dan maju sedikit demi sedikit. Berniaga mesti dengan ilmu, bukan dengan sekali 'klik.' Mungkin ada yang tak setuju dengan prinsip saya.

Saya lebih menumpukan sasaran saya kepada mereka yang percaya dengan usaha yang berterusan. Jika anda lebih suka jadi 'jutawan segera', mungkin blog ini kurang sesuai untuk ada. Namun, saya terbuka untuk perbincangan dan pendapat.

Amri

This page is powered by Blogger. Isn't yours?