Wednesday, August 23, 2006

 

Erti hidup ...

Salam,

Semalam saya berpeluang bersembang panjang (dalam perjalanan) dengan sahabat saya, Ustaz Hasrizal (Fitrah Perkasa). Banyak perkara yang saya pelajari darinya. Betul lah seperti yang dikatakannya dalam web saifulislam beliau, "erti hidup pada memberi'. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat, insya Allah.

Sebenarnya falsafah atau pegangan ini boleh diaplikasikan dalam dunia bisnes. Saya mensyorkan agar anda yang mahu memulakan bisnes menanamkan niat untuk membantu orang lain melalui bisnes anda. Sama ada membantu orang lain membangunkan bisnes sendiri atau sekadar menghulurkan bantuan ikhlas. Ini bertepatan dengan ajaran Islam bahawa jika kita keluarkan satu 'RM', Allah akan balas sehingga 700 kali nilainya.

Rata-rata, sahabat saya yang mudah membantu orang lain, rezekinya akan melimpah ruah sedangkan sahabat-sahabat yang payah sangat hendak keluarkan duit ni, saling meminta-minta. Tidak ramai yang ambil endah konsep 'keberkatan.' Namun, 'magic'nya hanya dapat dilihat apabila anda sendiri mengalaminya.

Pengalaman saya sendiri, membantu orang lain dengan ikhlas akan memberi ketenangan jiwa. Dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membenihkan 'networking' dengan orang yang kita tolong, walaupun pada asalnya tak berniat mengambil apa-apa faedah daripada pertolongan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat sikap suka membantu baik dengan tenaga, masa atau wang ringgit tiada nilai bisnes, lebih kepada nilai kemanusiaan. Pendapat tersebut ada betul dan ada salahnya.

Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Namun, apa yang saya boleh janjikan, 'memberi' kepada orang lain akan menjadikan hidup anda lebih bernilai. Jika hidup anda hanya untuk manfaat diri anda dan anak isteri sahaja, anda dikira belum berjaya. Orang yang benar-benar berjaya ialah yang paling banyak memberi mnafaat kepada orang lain. Wallahu a'lam.

Friday, August 18, 2006

 

Usahawan tekno

Salam,

Sebelum ni saya dah nyatakan bahawa menuskrip buku pertama saya telah siap dan tadi saya telah poskan untuk diproses. Setelah 3 bulan bertungkus lumus menulis, saya ingatkan nak beri 'ganjaran' kepada diri di atas kejayaan saya. Malangnya, hari ni saya mengajar tuisyen pada waktu petang. Jadi terpaksa cancel celebration for the moment. Sebenarnya ganjaran dan penghargaan untuk diri penting setelah anda mencapai satu kejayaan. Ia dapat memberi anda motivasi untuk mengejar kejayaan seterusnya. Ganjaran boleh jadi dalam bentuk rekreasi atau hadiah.

Hari ni saya mahu perkatakan tentang teknologi dalam bisnes. Sesetangah orang mengabaikan penggunaan teknologi moden dalam mengembangkan bisnes. Kalau anda sedang membaca blog saya ketika ini bermakna anda juga sedang berjinak-jinak dengan teknologi. The fact is, teknologi bertujuan untuk mempermudahkan kerja manusia. Maka, gunakan teknologi sebaik-baiknya.

Saya suka mengikuti teknologi terkini. Walaupun saya bukan 'Mat IT', tapi saya boleh faham istilah-istilah seperti bluetooth, wimax, pixel dan sebagainya. Saya menulis blog dan melayari web ini pun dengan menggunakan wireless connection (GPRS). Insya-Allah, jika tiada halangan, bulan depan saya akan naik taraf menggunakan EDGE (3 kali lebih laju dari GPRS). 3G? Masih mahal dan coverage di Ipoh (kampung) belum tentu dapat.

Dunia teknologi bergerak sangat laju. Jika anda memandang remeh dan gagal mengikuti perkembangannya, anda akan tertinggal jauh ke belakang. Anda tak perlu jadi usahawan (atau bakal usahawan) yang up-to-date, cuma jangan tertinggal di belakang. Sekarang ni bukan teknologi komputer, hand phone dan internet saja yang berkembang pesat, industri automotif misalnya juga sedang berkembang dengan pantas.

Apa pentingnya? Contohnya, anda hendak beli kereta pada tahun ni, apa kriteria yang anda mahu pada kenderaan anda? Selesa dan murah? Tahukah anda bahawa harga sebenarnya hanya 1 daripada 7 kriteria yang menjadikan sesuatu produk bernilai? Anda harus melihat juga 6 lagi kriteria lagi untuk benar-benar mendapat produk yang bernilai. Antara aspek lain yang penting apabila membeli kereta adalah teknologinya (ABS, LSD, VSC dll.)

Itu cuma contoh, point yang penting saya hendak sampaikan di sini ialah jangan abaikan teknologi dalam hidup anda. Kita telah memasuki abad ke-21!

Thursday, August 17, 2006

 

Belajar sepanjang hayat

Salam,

Alhamdulillah. Hari ni saya dapat menyudahkan buku pertama saya dalam bidang bisnes. Insya-Allah, kalau tiada masalah, buku yang bakal diterbitkan oleh PTS Publication ini akan masuk pasaran sebelum 2007.

Sepanjang saya menulis buku saya, banyak ilmu baru yang telah saya pelajari. Hala tuju bisnes, pelan pemasaran, kajian pasaran, membuat jualan dan sebagainya. Iyalah... bagi seorang usahawan yang bukan lahir dari keluarga peniaga atau belajar dalam bidang perniagaan, ilmu-ilmu ni tidak datang bergolek. Saya terpaksa mencari sumber-sumber untuk menulis dari buku-buku, laman web dan blog berbahasa Inggeris.

Insya Allah, anda boleh berkongsi bersama apa yang saya nukilkan dalam buku tersebut bila ia telah terbit nanti. Percayalah... walaupun sesebuah buku itu bernilai puluhan ringgit, tetapi nilai ilmu di dalamnya tiada nilainya. "Laburkan sesuatu untuk dapat sesuatu." Jangan asyik mengharapkan yang free saja.

Seperkara lagi, ilmu itu penting walau dalam apa jua yang kita lakukan. Bak kata imam A-Ghazali, "Ilmu tanpa amal tiada gunanya, amal tanpa ilmu sia-sia sahaja." Moga-moga saya dan anda dapat mempertingkatkan ilmu perniagaan kita. Orang Barat maju kerana mereka menjadikan budaya membaca satu tabiat. Donald Trump membaca majalah dan suratkhabar setiap hari untuk mengetahui perkembangan semasa. Anda bagaimana?

Thursday, August 10, 2006

 

Dare to be different

Salam,

Saya teringat semasa mula-mula hendak set up pejabat dahulu, saya mahu mengoptimumkan penggunaan ruang yang ada. Maka, saya merancang untuk mengadakan private tuition di salah sebuah bilik di pejabat saya. Oleh kerana saiz bilik yang kecil, memuatkan hanya lebih kurang 10 orang, saya tidak merancang akan membuat tuition secara besar-besaran.

Namun, rakan-rakan saya yang lain membantah kerana menurut mereka private tuition tidak banyak permintaan. Ketika itu, saya membuat analisis... pendapatan dari seorang pelajar private tuition bersamaan dengan kira-kira 4 orang pelajar tuition biasa. Malah, saya memikirkan apa kelainan yang boleh saya ketengahkan berbanding 2-3 pusat tuition di sekitar pejabat saya.

Untuk 4 bulan pertama, kelihatan idea saya tidak menepati sasaran dan saya mula muhasabah kembali perancangan saya. Akhirnya saya bertekad bahawa apa yang telah saya rancang bertepatan dengan teori dan logik ilmu perniagaan. Alhamdulilah, setelah 6 bulan membuka private tuition, saya dapat menjana melebihi RM1000 dengan hanya mengambil 4 orang pelajar.

Mencari kelainan berbanding pesaing-pesaing anda adalah faktor penting untuk mengetengahkan bisnes anda. Satu titik putih di antara titik-titik hitam pasti akan mencuri perhatian ramai. Cubalah!

Tuesday, August 08, 2006

 

Merancang perjalanan

Salam,

Hari ini saya ke Universiti Malaya untuk mencari ruang berniaga di gerai-gerai konvo. Saya ke sana bersama seorang rakan niaga. Oleh kerana UM dan Shah Alam tidaklah berapa jauh, kami menganggarkan dapat kembali ke Shah Alam selewat-lewatnya jam 4 petang.

Kami bertolak ke UM pada jam 1.45 pm dengan menaiki City Idsi saya. Jalan tidaklah sesesak mana. Namun sepanjang kami di sana, kami menempuh pelbagai peristiwa menarik. Pertama, sebaik sahaja tiba ke tempat letak kereta di sebuah kawasan tanah lapang, kereta saya terperangkap dalam selut dan rakan saya terpaksa menolak kereta saya keluar. Kedua, apabila kami hendak bertolak pulang, kami turut membantu sebuah kereta lain keluar dari selut. Ketiga, selepas keluar dari pintu pagar UM, kami menghadapi kesukaran mencari jalan pintas ke arah Shah Alam.

Oleh kerana peristiwa-peristiwa tersebut, kami terlewat dan tiba ke Shah Alam hanya selepas 5 pm. Kesimpulannya, sebaik-baiknya rancang perjalanan kita. Peruntukkan masa kecemasan untuk perkara-perkara yang tidak dijangka sepanjang perjalanan seperti kesesakan dan 'kesesatan'.

Masa amat berharga bagi seorang peniaga. Orang Cina sanggup menggunakan telefon bimbit daripada menunggu untuk menggunakan telefon awam walaupun kosnya lebih mahal. Ini menunjukkan bahawa mereka amat menghargai masa. Bak kata orang, "masa itu emas" (sebenarnya lebih berharga dari emas).

Saturday, August 05, 2006

 

Penatnya jadi one man show

Salam,

Penatnya... baru lepas buat program untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sebagai orang baru dalam dunia bisnes, sukar bagi saya untuk ambil pekerja. Jadi selagi boleh buat, buat! Bila program yang biasanya diuruskan oleh 3 ke 5 orang dibuat oleh seorang, bayangkanlah rintangan dan halangan yang perlu diharungi.

Tetapi begitulah asam garam dalam perjuangan merealisasikan impian menjadi usahawan yang sukses. Belajar dari kesilapan, berani ambil risiko dan hadapi rintangan dengan memohon kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah, program yang pada mulanya kelam-kabut bertukar wajah menjadi memori yang tak dapat dilupakan. Tips seterusnya dalam dunia bisnes... berikan yang terbaik kepada pelanggan. Jika tak dapat, offer diskaun, ganti rugi atau sekadar kemaafan. Sign out.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?