Thursday, August 17, 2006

 

Belajar sepanjang hayat

Salam,

Alhamdulillah. Hari ni saya dapat menyudahkan buku pertama saya dalam bidang bisnes. Insya-Allah, kalau tiada masalah, buku yang bakal diterbitkan oleh PTS Publication ini akan masuk pasaran sebelum 2007.

Sepanjang saya menulis buku saya, banyak ilmu baru yang telah saya pelajari. Hala tuju bisnes, pelan pemasaran, kajian pasaran, membuat jualan dan sebagainya. Iyalah... bagi seorang usahawan yang bukan lahir dari keluarga peniaga atau belajar dalam bidang perniagaan, ilmu-ilmu ni tidak datang bergolek. Saya terpaksa mencari sumber-sumber untuk menulis dari buku-buku, laman web dan blog berbahasa Inggeris.

Insya Allah, anda boleh berkongsi bersama apa yang saya nukilkan dalam buku tersebut bila ia telah terbit nanti. Percayalah... walaupun sesebuah buku itu bernilai puluhan ringgit, tetapi nilai ilmu di dalamnya tiada nilainya. "Laburkan sesuatu untuk dapat sesuatu." Jangan asyik mengharapkan yang free saja.

Seperkara lagi, ilmu itu penting walau dalam apa jua yang kita lakukan. Bak kata imam A-Ghazali, "Ilmu tanpa amal tiada gunanya, amal tanpa ilmu sia-sia sahaja." Moga-moga saya dan anda dapat mempertingkatkan ilmu perniagaan kita. Orang Barat maju kerana mereka menjadikan budaya membaca satu tabiat. Donald Trump membaca majalah dan suratkhabar setiap hari untuk mengetahui perkembangan semasa. Anda bagaimana?

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?