Thursday, August 10, 2006

 

Dare to be different

Salam,

Saya teringat semasa mula-mula hendak set up pejabat dahulu, saya mahu mengoptimumkan penggunaan ruang yang ada. Maka, saya merancang untuk mengadakan private tuition di salah sebuah bilik di pejabat saya. Oleh kerana saiz bilik yang kecil, memuatkan hanya lebih kurang 10 orang, saya tidak merancang akan membuat tuition secara besar-besaran.

Namun, rakan-rakan saya yang lain membantah kerana menurut mereka private tuition tidak banyak permintaan. Ketika itu, saya membuat analisis... pendapatan dari seorang pelajar private tuition bersamaan dengan kira-kira 4 orang pelajar tuition biasa. Malah, saya memikirkan apa kelainan yang boleh saya ketengahkan berbanding 2-3 pusat tuition di sekitar pejabat saya.

Untuk 4 bulan pertama, kelihatan idea saya tidak menepati sasaran dan saya mula muhasabah kembali perancangan saya. Akhirnya saya bertekad bahawa apa yang telah saya rancang bertepatan dengan teori dan logik ilmu perniagaan. Alhamdulilah, setelah 6 bulan membuka private tuition, saya dapat menjana melebihi RM1000 dengan hanya mengambil 4 orang pelajar.

Mencari kelainan berbanding pesaing-pesaing anda adalah faktor penting untuk mengetengahkan bisnes anda. Satu titik putih di antara titik-titik hitam pasti akan mencuri perhatian ramai. Cubalah!

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?