Wednesday, August 23, 2006

 

Erti hidup ...

Salam,

Semalam saya berpeluang bersembang panjang (dalam perjalanan) dengan sahabat saya, Ustaz Hasrizal (Fitrah Perkasa). Banyak perkara yang saya pelajari darinya. Betul lah seperti yang dikatakannya dalam web saifulislam beliau, "erti hidup pada memberi'. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat, insya Allah.

Sebenarnya falsafah atau pegangan ini boleh diaplikasikan dalam dunia bisnes. Saya mensyorkan agar anda yang mahu memulakan bisnes menanamkan niat untuk membantu orang lain melalui bisnes anda. Sama ada membantu orang lain membangunkan bisnes sendiri atau sekadar menghulurkan bantuan ikhlas. Ini bertepatan dengan ajaran Islam bahawa jika kita keluarkan satu 'RM', Allah akan balas sehingga 700 kali nilainya.

Rata-rata, sahabat saya yang mudah membantu orang lain, rezekinya akan melimpah ruah sedangkan sahabat-sahabat yang payah sangat hendak keluarkan duit ni, saling meminta-minta. Tidak ramai yang ambil endah konsep 'keberkatan.' Namun, 'magic'nya hanya dapat dilihat apabila anda sendiri mengalaminya.

Pengalaman saya sendiri, membantu orang lain dengan ikhlas akan memberi ketenangan jiwa. Dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membenihkan 'networking' dengan orang yang kita tolong, walaupun pada asalnya tak berniat mengambil apa-apa faedah daripada pertolongan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat sikap suka membantu baik dengan tenaga, masa atau wang ringgit tiada nilai bisnes, lebih kepada nilai kemanusiaan. Pendapat tersebut ada betul dan ada salahnya.

Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Namun, apa yang saya boleh janjikan, 'memberi' kepada orang lain akan menjadikan hidup anda lebih bernilai. Jika hidup anda hanya untuk manfaat diri anda dan anak isteri sahaja, anda dikira belum berjaya. Orang yang benar-benar berjaya ialah yang paling banyak memberi mnafaat kepada orang lain. Wallahu a'lam.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?