Tuesday, August 08, 2006

 

Merancang perjalanan

Salam,

Hari ini saya ke Universiti Malaya untuk mencari ruang berniaga di gerai-gerai konvo. Saya ke sana bersama seorang rakan niaga. Oleh kerana UM dan Shah Alam tidaklah berapa jauh, kami menganggarkan dapat kembali ke Shah Alam selewat-lewatnya jam 4 petang.

Kami bertolak ke UM pada jam 1.45 pm dengan menaiki City Idsi saya. Jalan tidaklah sesesak mana. Namun sepanjang kami di sana, kami menempuh pelbagai peristiwa menarik. Pertama, sebaik sahaja tiba ke tempat letak kereta di sebuah kawasan tanah lapang, kereta saya terperangkap dalam selut dan rakan saya terpaksa menolak kereta saya keluar. Kedua, apabila kami hendak bertolak pulang, kami turut membantu sebuah kereta lain keluar dari selut. Ketiga, selepas keluar dari pintu pagar UM, kami menghadapi kesukaran mencari jalan pintas ke arah Shah Alam.

Oleh kerana peristiwa-peristiwa tersebut, kami terlewat dan tiba ke Shah Alam hanya selepas 5 pm. Kesimpulannya, sebaik-baiknya rancang perjalanan kita. Peruntukkan masa kecemasan untuk perkara-perkara yang tidak dijangka sepanjang perjalanan seperti kesesakan dan 'kesesatan'.

Masa amat berharga bagi seorang peniaga. Orang Cina sanggup menggunakan telefon bimbit daripada menunggu untuk menggunakan telefon awam walaupun kosnya lebih mahal. Ini menunjukkan bahawa mereka amat menghargai masa. Bak kata orang, "masa itu emas" (sebenarnya lebih berharga dari emas).

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?